Thursday, September 29, 2011

~: Minggu Pertamaku Sebagai Houseman:~

Alhamdulillah..
Aku berjaya menempatkan diri di Hospital Melaka..
Gembira bukan kepalang.. maklumlah, memang itu impian yang aku pasang selama ini..
Semoga yg tersurat adalah yg terbaik untuk ku dunia dan akhirat..

Sehari sebelum melapor diri,
Aku benar-benar gelisah.. minda dan perasaan berkecamuk,
Terasa kosong benar otak yang ada..
Terima kasih pada KAMU yang sentiasa memahami aku..

Hari pertama, aku dan Naquiyuddin ke Jabatan Kesihatan Negeri Melaka..
Alhamdulillah, layanan yang sangat baik menenteramkan jiwa..
Medical Officer yang memberi penerangan bercerita panjang (sampai 1 jam), siap dengan air mata bergenang.. =)
Jam 2.30 melapor diri di Pejabat Pengarah Hospital Melaka..
Menerima sebungkus borang untuk di isi.. maka hari itu kami diberi pelepasan untuk menguruskan segala macam borang2 tersebut.. dan aku dah punya self-inked cop!
Jam 5.30 pm, aku diberitahu posting pertama aku ialah orthopedic dan naqi pula O&G..
Esoknya (hari kedua) kami dikehendaki melapor diri ke jabatan masing2..
Dap dup dap dup... ortho? dah lupa!! sempat ke nak study semula??
Malam itu, siap tukar mentol meja study dari kuning ke putih..
Semua notes ortho dan buku Apley's aku susun cantik2 atas meja..
Ikut saiz, dari besar ke paling kecil.. tiba-tiba ada OCD
Lepas sahaja isya' dan ta'alim, terus aku menghadap meja..
Selak helaian pertama kitab kecil aku dengan penuh berkobar-kobar..
Tau-tau, 5 minit kemudian aku dah tersengguk menahan kantuk..
Apa lagi... tutup buku.. pegi tidur lah diyana..

Hari kedua,
Tersesat dalam bangunan dek nak mencari Jabatan Ortopedik..
Sudahlah kaki melecet dengan kasut baru (tumit dah bertampal2 dengan handyplus pun melecet juga lagi, paling teruk, naik tangga tak perasan kasut tertinggal sebelah kat belakang.. jadilah aku houseman cinderella buat hari itu).. Panas terik pula hari tu.. Tapi aku sentiasa tersenyum kerana aku tahu ini adalah apa yang aku mahu!
Sejam kemudian baru berjumpa tempat yang di tuju, dengan bantuan beberapa nurse, attendan dan juga kerani.. hehe
Aku diberi pelepasan untuk menghabiskan kesemua orientasi yang memakan masa seminggu..
Maka, aku tak perlu tagging lagi.. termasuk sabtu & ahad
Ada pro & cons nya di sini..
1. boleh re-study ortho
2. boleh siapkan borang2 yang maha banyak itu
3. boleh settlekan hal potongan gaji utk zakat, tabung haji, pinjaman PTPTN, dan buka akaun LHDN untuk income tax
4. boleh cari kasut lain (susah betul nak cari kasut yang betul2 fit dengan kaki ku ini)

tapi...
1. org lain semua dah start busy.. (jelous yang amat!)
2. org lain semua dah buat macam2 prosedur... (tak aci!)
3. org lain semua dah bleh fill in logbook.. (aku lmbt lagi!)

Orientasi,
Setakat ini tiada masalah..
Dan aku sangat gembira kerana staff-staff di sini mesra dan ramah..
Erm.. tak tahulah pula sebenarnya bagaimana ya..
Ahhh.. fikirkan yang positif saja! Bak kata Zoran, "Don't think what others say, u are u and just be yourself" .. thank you Zoran!
Tak sabar rasanya nak tagging..


P/S: rasa ganjil juga bila nk perkenalkan diri.. ada juga masanya tersasul menyebut "saya diyana, student.. eh houseman baru".. huhu