Tuesday, August 2, 2011

Semilir rindu..

Entah mengapa
Kesayuan itu selalu menerjah
Menusuk ke jiwa yang paling dalam
Dan saat itu, air mata tak mungkin kan sempat tertahan

Di sana aku temui ketenangan
Beda, ya benar beda!

Indahnya malam-malam di Al-Haram..
Terasa dekat dengan Dia..
Ikutkan hati, ingin saja aku tinggal di sana..
Menyaksikan ramainya insan memakmurkan Masjidil Haram..
Cukup untuk mendatangkan bahagia
Alangkah damai andai seramai itu di surau Taman Bahagia..
InsyaAllah, doa itu sentiasa ada..

Aku jatuh cinta pada bacaan imam-imam Masjidil Haram..
Aku sentiasa larut menghayati bait-bait Al-Quran yang begitu sempurna dengan hanya sedikit lagunya..
MasyaAllah... andai aku fahami maksud2nya...

Bila di makam para syuhada'..
Aku pilu dan cemburu
Pilu kerana keislaman aku adalah hasil titisan darah dan jiwa yg mereka korbankan
Cemburu kerana keredhaan Allah dunia & akhirat sudah pasti milik mereka
Mampukah aku untuk bangkit sebaris mereka di Mahsyar sana?

Aku tertambat di Raudhah..
Subhanallah!
Menyampaikan salam pada Rasul Allah tidak kan pernah sama perasaannya dengan menyampaikan salam pada orang biasa..
Terbentang segala sirah Baginda di hadapan mata
Dan saat itu, hanya Allah tahu apa yg aku rasa..
Sungguh,
Andai Raudhah itu sentiasa terbuka untuk An-Nisaa.. pasti aku akan tetap di sana siang dan malam!
Tidak mahu rasanya meninggalkan Kekasih Allah dan taman syurga itu!


Semoga Allah menjemputku lagi untuk mejadi tetamu-Nya.. amin!

No comments:

Post a Comment